Renungan Tak Bertepi

739 views

73341_192017040944918_105384250_n482390_364891446958887_1589478059_n

Rangkaian Kepiluan yang Mendera
Maduracorner.com,Bangkalan – Aku kata “astaghfirullah” tapi
hati masih gemar
akan maksiat.

Aku kata “wa atubu ilaih” tapi
jasad masih
melakukan dosa sama.

Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tapi kesilapan
lalu masih kuulangi.

Aku kata “subhanallah” tapi aku
tidak mampu
menghayatinya.

Aku kata “alhamdulillah” tapi
aku masih tidak
bersyukur dengan kurniaanNya.

Aku kata “Allahuakbar” tapi
cintaku lebih kepada
dunia.

Aku kata “ma fi qalbi
ghairullah” tapi masih ada
ruang di hatiku untuk insan yang
tidak halal.

Aku kata “aku tak layak ke
syurga, tapi aku tak
sanggup ke nerakaMu” namun
aku hidup di dunia
seakan-akan aku kuat untuk rasa
pedih api neraka.

Aku kata aku ingin
mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring
dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang
mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir
seakan-akan sia-
sia.

Aku malu dengan tangan yang
sudah lelah
mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya
ini tidak menggambarkan aku
kesal.

Bahkan aku malu dengan sang
burung yang
berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai
dosa..
Sedang sang burung tidak
disentuh walau
sekelumit dosa.

Semoga bermanfaat untuk kita
semua

Aamiin

Email Autoresponder indonesia